Fakta Asas Kanser
Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang
tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia
berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang
tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.
Sel Normal Di Dalam Badan
Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan
yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan
cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal
berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah
seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan
sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.
Bagaimana Kanser Bermula
Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh
di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel
yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang
baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam)
tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan
di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel
menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak
aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan
memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari
memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan
terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak
berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun
kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun
seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan,
kekurangan nutrien, tekanan emosi dan lain-lain.
Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser."Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.
Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser."Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.
Bagaimana Sel Kanser Merebak
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang
lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila
sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser
merebak dikenali sebagai metastasis.
Jenis Kanser
Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian
di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan
kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser,
pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia. Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula.
Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika
ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser
hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang
terdapat di dalam kolon.
Tumor yang Bukan Kanser
Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan
sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser
dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh
dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak
boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak
boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam
nyawa.
Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser
suntikan vitamin B17
suntikan immune stem cell
hubungi segera:
hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk
kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan
maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi
kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan
ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani
rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui
apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan
daripadanya.
Terapi Radiasi
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran
menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel
kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi
kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya
hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah
yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang
apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau
radiasi.
Imunoterapi- Imunoterapi adalah rawatan yang
menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan
penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem
imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel
kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun.
Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
untuk rawatan alternatif lain.. boleh rujuk link berikut:
1. rawatan kanser usus atau colon cancer
2. rawatan kanser serviks atau pangkal rahim
3. rawatan kanser payudara
4. rawatan stem cell
5. rawatan sistem imun
6. rawatan berasaskan herba (pokok belalai gajah)
hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
KLIP LINK BERIKUT
Salam admin.. info yg sgt berguna.. mohon share ye...
ReplyDeletesilkan tuan... xda masalah
ReplyDeletesilkan tuan... xda masalah
ReplyDelete