hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Tanda-tanda awal perubahan
payudara yang memerlukan perhatian:
a) Benjolan di payudara atau di
bawah ketiak.
b) Perubahan tidak normal dalam
bentuk dan saiz payudara
c) Kewujudan lekukan dan/atau
kedutan pada kulit payudara
d) Puting susu yang masuk ke
dalam
e) Lendir atau darah yang keluar
dari puting susu
Sebenarnya terdapat 3 jenis
kanser yang kita patut tahu iaitu:
KARSINOMA Lazimnya berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat,
seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon
(usus besar) payu dara dan saluran pernafasan.
SARKOMA. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang
membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.
LEUKEMIA. Ini merupakan jenis kanser pada tisu yang membentuk
sel-sel darah.
Kanser wujud dengan 4 peringkat:
Peringkat Pertama (Awal): Kanser
yang dikesan besarnya tidak lebih dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak
serta tiada pengesanan imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.
Peringkat kedua: Saiz kanser ini
ialah antara 2cm – 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke
bahagian lain.
Peringkat ketiga: Saiznya lebih
besar dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh
dirasa dengan tangan benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang
lain.
Peringkat keempat (Lanjut/AKHIR):
Saiznya boleh jadi kecil atau besar, telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher
serta merebak di bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang,
otak, hati dan sebagainya.
hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Rawatan-rawatan yang diambil
Sekarang di HOSPITAL:
Pembedahan:
a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
b) Buang keseluruhan
bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.
Kimoterapi: Penggunaan dadah yang
disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang mungkin masih
berkeliaran. Ianya dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika
rawatan ini, semua sel badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan
dibunuh. Sebab itu sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan
yang paling lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling
rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.
Radioterapi Penggunaan radiasi di
tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkannya dari
tumbuh semula di tempat tersebut. Rawatan Tambahan Pengambilan pil untuk
mengelakkan kewujudan semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve.
Maksudnya, kanser yang telah dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas
terhadap hormon estrogen yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain, kanser
ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain untuk
menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.
Faktor-faktor yang menyebabkan
terjadinya kanser adalah seperti berikut:
Umur Kira-kira 25% pesakit
kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 – 69 tahun
dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas. Kitaran Haid Salah satu pemerhatian
penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi
kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan
yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).
Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku,
yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku,
kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam
setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan
pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid
seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk
kanser payu dara terjadi. Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55
tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada
mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.
Kelahiran Pertama Wanita yang
melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda
risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama
pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya
lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.
Sejarah Keluarga Jika seseorang
wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai
kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini. Lebih muda
saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi
risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2
saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko
bagi saudara yang lain.
hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Jika salah satu kategori ini
wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara
secara keturunan:
a) Saudara kandung perempuan
peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara
dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan
peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau
saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak
kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan
(Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun
adalah dari belah keluarga yang sama.
d) Tiga atau lebih saudara rapat
dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama.
nantikan perkongsian seterusnya dari sy. tq
rujuk link di bawah ini untuk penerangan vitamin B17
hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
0 comments:
Post a Comment