ORGAN LIVER ATAU HATI
ANATOMI HATI
Liver atau hati adalah organ kelenjar terbesar dalam tubuh
manusia. Beratnya sekitar 1.3 kg (orang dewasa). Terletak di bahagian kanan
tubuh, dibawah diafragma.
Hati memiliki dua bahagian besar, yang disebut sebagai lobus
kanan dan kiri. Kantung hempedu (gallbladder) terletak di bawah hati,
bersama-sama dengan bahagian-bahagian dari pankreas dan usus. Hati dan
organ-organ ini bekerjasama untuk mencerna, menyerap, dan memproses makanan.
Fungsi utama liver atau hati adalah untuk manapis darah yang
dibawa dari saluran pencernaan, sebelum dibawa ke seluruh tubuh. Hati juga akan
menyahtoksin dan menghasilkan metabolisme sebagai antibodi di dalam tubuh.
Dalam proses ini, hati mengeluarkan hempedu, yang merupakan cecair hasil
daripada “pembakaran” sel-sel darah yang sudah tua atau mati. Cairan hempedu
yang masih bermanfaat akan digunakan lagi oleh tubuh untuk pembentukkan sel
darah yang baru dan yang sudah tidak digunakan akan dibuang melalui ginjal dan
usus kecil.
Keadaan hati atau liver anda:
Hepatitis: Radang hati atau liver kebiasaannya
disebabkan oleh jangkitan virus seperti hepatitis A, B, dan C. Hepatitis juga
boleh disebabkan kerana kerap mengambil minuman beralkohol, ubat-ubatan atau
obesiti.
Fibrosis: Setelah terjadinya keradangan hati atau liver
akan dibaikpulih dengan membentuk bekas luka atau parut kecil. Parut ini
disebut “fibrosis”, yang membuat hati lebih sukar untuk berfungsi.
hubungi kami dengan segera uNtUk bantuan:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Sirosis: kerosakan jangka panjang hati akan
mengakibatkan jaringan parut semakin banyak terbentuk dan akan mula bersambung
(permanent), yang disebut sirosis. Hati kemudian tidak dapat berfungsi dengan
baik.
Kanser Hati: Kanser hati kerap kali terjadi setelah
sirosis.
Kegagalan Hati: Sewaktu sirosis bertambah parah, hati
tidak dapat menapis kotoran, racun, dan ubat yang ada di dalam darah. Hati
tidak lagi dapat menghasilkan “clotting factor” untuk menghentikan pendarahan dan
juga pendarahan pada usus sering terjadi. Pada masa ini, pemindahan hati adalah
satu-satunya pilihan.
Ascites: Kesan dari sirosis, terjadi kebocoran cecair
(ascites) dari hati/liver ke dalam perut, yang menyebabkan perut membuncit dan
memberat.
Batu Hempedu: Jika batu hempedu terperangkap di dalam
saluran hempedu yang mengeringkan hati, ini akan menyebabkan terjadinya
hepatitis dan jangkitan saluran empedu (kolangitis).
Kolangitis Sclerosing Primer: Sejenis penyakit yang
jarang berlaku dan penyebabnya tidak diketahui iaitu dinamakan kolangitis
sclerosing primer.Penyakit ini menyebabkan keradangan dan tisu berparut pada
saluran hempedu di hati.
Sirosis Bilier Primer: Penyakit yang jarang terjadi ,
ini satu proses tidak jelas dimana secara perlahan-lahan boleh merosakkan
saluran hempedu di hati dan akan mengakibatkan sirosis.
PENYEBAB KANSER HATI
Penyebab kepada kanser hati sehingga sekarang belum
diketahui secara pasti. Namun kanser hati primer (karsinoma hepatoseluler)
cenderung terjadi kepada hati/liver yang rosak kerana cacat lahir, penyalahgunaan
alkohol, atau jangkitan kronik akibat penyakit seperti hepatitis B dan C,
hemochromatosis (kadar zat besi dalam hatiyang terlebih) dan sirosis. Lebih
dari 50% pesakit yang terdiagnosis kanser hati primer telah mengalami sirosis
hati. Mereka yang menderita keadaan genetik yang disebut hemochromatosis
memiliki risiko yang lebih besar.
hubungi kami dengan segera uNtUk bantuan:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Pelbagai zat menjadi penyebab kepada kanser hati primer,
termasuk diantaranya: herbisida, aflatoksin (sejenis cendawan tanaman pada
gandum & palawija), dan bahan kimia tertentu seperti vinil klorida dan
arsen. Merokok dan penyalahgunaan alcohol juga dapat meningkatkan risiko
terkenanya kanser hati.
Faktor risiko lain untuk kanser hati, termasuk:
Jenis kelamin (lelaki/wanita): lelaki lebih berisiko tinggi
kanser hati daripada wanita
Berat badan: Obesiti dapat meningkatkan risiko untuk kanser
hati
Bangsa: kanser hati umumnya terjadi kepada orang Asia &
Oceania
Penggunaan steroid anabolic: hormon yang disalahgunakan oleh
para atlet untuk mengembangkan otot ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan
risiko kanser hati dalam jangka panjang.
Diabetes: Kajian telah menyatakan bahawa adanya hubungan
diantara diabetes dan kanker hati.
Penyakit metabolik yang diwarisi: terbukti dapat meningkatkan
risiko kanser hati
Penyakit langka/jarang: Penelitian telah menemui hubungan
antara kanser hati dan beberapa penyakit lain seperti defisiensi
alfa-1-antitrypsin, tyrosinemia, dan penyakit Wilson.
SIMPTOM KANSER HATI
hubungi kami dengan segera uNtUk bantuan:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
Penyebab & Gejala Kanser Hati
Peringkat Kanser Hati
Tahap I: kanser hati bersifat setempat dan biasanya
akan dibuang melalui pembedahan. Tumor berukuran 2 cm atau kurang, terletak di
bahagian tunggal hati dan dapat dirawat dengan pembedahan.
Tahap II: Kanser hati masih bersifat lokal dan dapat
diubati melalui pembedahan. Pada tahap ini, kanser berada di satu atau lebih
pada bahagian hati tetapi ianya tidak merebak ke kelenjar dan saluran darah
yang berdekatan.
Tahap III: pada tahap ini, kanser masih belum merebak
ke organ lain atau kelenjar. Biasanya ukuran tumor sudah > 2 cm.
Tahap IV: Pada tahap ini, kanser berada lebih dari satu
lobus hati, mungkin juga sudah merebak ke kelenjar yang berdekatan dengan organ
lain,strukturnya seperti peritoneum dan tumbuh ke dalam atau di sekitar saluran
darah utama.
Jenis-Jenis Rawatan Kanser Hati
Rawatan kanser hati mengikut keadaan pesakit. Kaedah rawatan
disesuaikan melalui keperluan pesakit dan mempertimbangkan faktor-faktor
berikut:
1 – saiz tumor dan lokasi
2 – tahap-tahap kanSer
3 – keadaan umum kesihatan pesakit
4 – Tempoh kanser berada dalam tubuh
PEMBEDAHANRADIOTERAPIKEMOTERAPI- RAWATAN ALTERNATIF MODEN
UBATI SEGERA PENYAKIT KANSER.
JANGAN TUNGGU SEHINGGA PARAH!!!
UNTUK RAWATAN ALTERNATIF MODEN
RUJUK LINK BERIKUT
hubungi kami dengan segera uNtUk bantuan:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah 013 996 2974
0 comments:
Post a Comment