Thursday 7 March 2019

KANSER TULANG @ BONE CANCER masihkah ada peluang ???



Kanser tulang primer merupakan kanser yang bermula pada (rangkaian) tulang. Kanser tulang primer jarang berlaku. Yang lebih umum adalah kanser yang bermula di organ lain, seperti paru-paru dan kemudian merebak ke tulang.



Ada 3 jenis utama kanser tulang primer, iaitu:

  1. Osteosarkoma       : berkembang di tulang muda
  2. Chondrosarkoma  : bermula di tulang rawan pesakit
  3. Ewing sarcoma     : bermula pada rangkaian saraf yang terdapat                                 pada sumsum tulang


more info, please Contact us:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah  013 996 2974

Kanser tulang biasanya dirawat dengan kaedah pembedahan. Selain terdapat kaedah amputasi, kemoterapi dan radioterapi.


1.   Osteosarkoma


Osteosarkoma biasanya menyerang golongan lelaki berusia diantara 10-25 tahun dan mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan (genetic).

Osteosarkoma cenderung tumbuh di hujung bawah tulang paha, atau hujung atas tulang lengan ataupun hujung atas tulang kering.

Tanda yang kerap dirasai adalah rasa sakit dan juga boleh berlaku pembengkakan yang terasa hangat dan agak kemerahan.

Tanda awal dari penyakit ini boleh menyebabkan patah tulang yang disebut fraktur patologi. Ini disebabkan kerana tumor menjadikan tulang rapuh.

Osteosarkoma biasanya dikesan melalui test imaging, seperti CT Scan atau X-ray tulang. Kanser tulang jenis ini biasanya dirawat dengan pembedahan. Bila merebak ke bahagian lain, kemoterapi boleh dilakukan.

2.   Chondrosarkoma


Chondrosarkoma biasanya akan menyerang sel-sel kartilago (tulang rawan) pesakit yang berusia diatas 50 tahun.

Kanser jenis ini biasanya tumbuh atau merebak dalam keadaan yang lambat dan biasanya boleh diubati hanya dengan pembedahan. Tetapi ada diantaranya bersifat invasif dan mudah merebak.

Dalam kes chondrosarkoma, pembedahan dilakukan untuk membuang keseluruhan tumor. Kanser tulang ini biasanya tidak bertindak balas samada terhadap kemoterapi ataupun radioterapi. Jika tumor dibuang seluruhnya, lebih dari 75% pesakit akan mampu untuk hidup dan selamat dari terus menanggung kanser jenis ini.

3.   Ewing sarcoma


Ewing sarcoma terjadi dimana tulang tumbuh sangat cepat.Ini Jarang dijumpai pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 10 tahun.

Ewing sarcoma selalu berkembang di bahagian tulang panjang, panggul, ataupun dada.

Tumor jenis ini juga bersifat invasif, mudah merebak misalnya ke organ paru-paru.

Tanda yang sering dirasakan oleh pesakit adalah rasa kesakitan, demam dan kadang kala terjadi pembengkakan pada tulang.


Rawatan kanser tulang ini biasanya merupakan kombinasi dari kaedah rawatan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.



ADAKAH ANDA SANGGUP MENANGUNG DERITA SEKIAN LAMA DAN BEBRPUTUS ASA UNTUK KEMBALI SIHAT


PILIH LAH, ANDA MAMPU MERUBAHNYA



0 comments:

Post a Comment