Tuesday 5 March 2019

KANSER BUAH PINGGANG DAN 10 CARA MENJAGANYA


Kanser buah pinggang tidak pilih mangsa. KANSER memang penyakit yang menakutkan kerana ia bukan saja dikaitkan dengan kematian, malah kaedah rawatannya lebih ‘keras’ berbanding penyakit lain, terutama jika kanser dihidapi sampai ke peringkat serius. Rawatan kanser menjadi lebih payah jika ia merebak ke organ atau bahagian badan lain (dipanggil mengalami metastasis). 


Bagaimanapun, ini kerap dialami pesakit kanser buah pinggang apabila mereka menjalani pemeriksaan kesihatan. Kajian menunjukkan hampir 30 peratus pesakit kanser buah pinggang mengalami metastasis ketika penyakit mereka dikesan. Dalam kebanyakan kes, kanser mereka merebak ke paru-paru, tisu lembut, tulang, hati, kulit dan sistem saraf pusat. Sebagaimana kanser lain, kehadiran kanser buah pinggang jarang disedari. Ini menyebabkan kebanyakan kes sampai ke peringkat serius (peringkat ketiga dan keempat) apabila penyakit dikesan — itupun selepas pesakit mengalami pelbagai gejala kesihatan. Kanser buah pinggang mungkin tidak popular seperti kanser payu dara atau prostat kerana ia hanya membabitkan tiga peratus penduduk dewasa di setiap negara.

Namun, yang membimbangkan ialah berlakunya peningkatan jumlah pesakit, terutama di kalangan warga emas lelaki berumur 60 hingga 69 tahun dan ia dikategorikan sebagai 10 kanser utama yang menyebabkan kematian. Pada 2002, kira-kira 208,000 orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini (dan 37,000 daripadanya rakyat Amerika) serta 102,000 meninggal dunia. Jumlah pesakit kanser buah pinggang di Amerika Syarikat tahun lalu dianggarkan 36,000 orang dan 40 peratus daripadanya berakhir dengan kematian. Sehingga hari ini, lebih 57,000 kes kanser buah pinggang dikesan di Amerika dan dianggarkan 13,000 pesakit akan meninggal dunia walaupun mendapat rawatan. Secara global, kanser buah pinggang adalah kanser keenam paling lazim (terutama pada peringkat III dan IV) di dunia selepas kanser paru-paru, payu dara, kolorektal, prostat dan hati. 


Antara jenis kanser buah pinggang paling biasa ialah sel renal karsinoma (RCC) iaitu 85 peratus daripada semua kes kanser buah pinggang. Walaupun RCC kerap berlaku pada lelaki tua (dua kali ganda berbanding wanita), ia juga boleh menyerang wanita dan lelaki pada semua peringkat umur. Sel kanser ini mempunyai sifat unik dan memerlukan darah serta nutrien untuk membesar. Sel kanser ini boleh menyebabkan pembentukan cabang baru pada salur darah sedia ada untuk membekalkan darah kepadanya. Cabang salur darah yang baru (salur darah tidak normal) ini kemudian menjadi banyak untuk mengalirkan lebih banyak darah dan mempercepatkan proses pembesaran sel kanser. 

buah pinggang yang rosak

Apabila kanser bertambah besar, ia merebak ke organ atau bahagian badan lain melalui salur darah tidak normal tadi dan memasuki ureter (salur kencing) atau pembuluh darah pada jantung. Yang membimbangkan ialah kanser buah pinggang boleh merebak ke organ lain atau mengalami metastasis sebelum menunjukkan sebarang gejala. Antara organ yang paling kerap dijangkiti ialah paru-paru, tisu lembut, tulang, hati dan otak. Tanda dan gejala Kebanyakan kes kanser buah pinggang atau RCC tiada tanda awal. Di seluruh dunia, dianggarkan 40 hingga 50 peratus pesakit kanser buah pinggang berakhir dengan kematian, walaupun mendapat rawatan. “Kanser buah pinggang lanjutan sangat sukar dirawat dan ia tidak bertindak balas kepada rawatan kemoterapi atau terapi hormon yang digunakan bagi merawat kanser lain. Walaupun kita ada ubat lebih kuat, ia memberi kesan sampingan teruk kepada pesakit,” kata Perunding Perubatan Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Christina Ng. 



more info, please Contact us:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah  013 996 2974

Faktor risiko sel renal karsinoma (RCC)

a. Faktor gaya hidup dan pemakanan Merokok (perokok mempunyai risiko dua kali lebih tinggi). Obesiti. Makanan tinggi lemak. Kurang bersenam. 

b. Faktor persekitaran dan pekerjaan Terdedah kepada bahan kimia seperti kadmium. Pelarut mengandungi klorin. Bahan petrokimia. Cat dan bahan mengandungi pelarut. Asbestos. 

c. Faktor lain Terlalu lama menjalani dialisis. Tekanan darah tinggi. Terlalu lama mengambil ubat tahan sakit (analgesik). Penyakit sistik pada buah pinggang. Faktor genetik — berlaku mutasi pada bahan baka. Tanda Kencing berdarah (hematuria). Sakit pada bahagian rusuk (sisi badan). Sakit belakang. Ada ketulan pada bahagian rusuk dan abdomen. Hilang selera makan. Berat badan menurun. Demam. Kelesuan melampau. Tekanan darah meningkat. Ketidaknormalan elektrolit (kandungan ion dalam cecair badan). Gejala berterusan dengan sindrom paraneoplastik (gejala yang disebabkan kehadiran kanser). 



10 Tips Untuk Mengekalkan BUAH PINGGANG Yang Sihat

Buah pinggang kita akan menurun keupayaan menapis secara semula jadi selepas umur 30 sehingga 40 tahun. Selepas umur 30 tahun, setiap 10 tahun fungsi buah pinggang kita akan menurun sebanyak 10%. Tetapi, jika anda meningkatkan beban pada buah pinggang anda dari awal, risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang di kemudian hari pasti akan lebih tinggi. 






Untuk melindungi buah pinggang anda, ikuti beberapa tips dibawah untuk mengurangkan risiko mendapat masalah buah pinggang. 



1. Menguruskan kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung



Dalam kebanyakan kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang berpunca daripada penyakit utama seperti diabetes, penyakit jantung atau tekanan darah tinggi. Oleh itu, mengawal tahap gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti diet yang sihat, senaman dan panduan perubatan adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang. 

2. Mengurangkan pengambilan garam 

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam diet. Ia bukan sahaja meningkatkan tekanan darah tetapi juga akan menyebabkan pembentukan batu karang.

3. Minum air yang banyak setiap hari

Air mengekalkan anda terhidrat dan membantu buah pinggang menyingkirkan semua toksin dari badan anda. Ia membantu tubuh untuk mengekalkan isipadu darah dan penumpuan. Ia juga membantu dalam penghadaman dan mengawal suhu badan. Sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari adalah satu kemestian. 

4. Jangan menahan untuk membuang air kecil

Penapisan darah adalah fungsi utama buah pinggang. Apabila proses penapisan dilakukan, bahan buangan dan air akan disimpan di dalam pundi kencing dan perlu disingkirkan. Anda akan merasai keinginan untuk membuang air kecil apabila pundi kencing penuh dengan 120-150 ml air kencing. 

Oleh itu, jika anda mengabaikan keinginan untuk ke tandas, pundi kencing akan menampung air melebihi daripada kapasitinya. Ini memberi kesan kepada proses penapisan buah pinggang. 

5. Pemakanan yang berkhasiat

Hampir semua proses yang berlaku di dalam badan dipengaruhi oleh apa yang anda makan dan bagaimana anda makan. Jika anda banyak makan makanan yang tidak berkhasiat, makanan ringan dan makanan segera, organ-organ di dalam badan anda akan menghadapi akibatnya, termasuklah juga buah pinggang. 

Anda perlu mengambil makanan yang betul dalam diet anda. Terutama makanan yang boleh menguatkan buah pinggang seperti ikan, asparagus, bijirin, bawang putih dan daun parsli. Buah-buahan seperti tembikai, oren dan lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang. 

6. Minum minuman yang sihat 

Minuman seperti jus segar antara minum lain selain air kosong yang membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan. Elakkan minum kopi dan teh kerana mengandungi kafein yang mengurangkan jumlah cecair dalam badan. Jadi, buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.

Jika anda sudah mengalami masalah buah pinggang, anda harus elakkan daripada mengambil jus yang diperbuat daripada sayur-sayuran seperti bayam. Sayuran ini kaya dengan asid oksalik dan menyebabkan pembentukan batu karang. Air kelapa boleh membantu mencegah pembentukan batu karang.

7. Elakkan alkohol dan merokok 

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit di dalam tubuh dan kawalan hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang. Merokok pula tidak menyebabkan masalah buah pinggang secara langsung tetapi ia mengurangkan fungsi buah pinggang dengan ketara. Ia juga memberi kesan yang buruk kepada kesihatan jantung yang boleh memburukkan lagi masalah buah pinggang.

8. Bersenam setiap hari

Para penyelidik percaya bahawa obesiti adalah berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan buah pinggang. Berat badan yang berlebihan memberi peluang 2 kali ganda untuk mendapat masalah buah pinggang. Bersenam, makan makanan yang seimbang dan mengawal saiz pengambilan makanan pasti dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Selain itu, anda akan sentiasa berasa segar dan aktif.

9. Elakkan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor

Semua ubat-ubatan yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk penapisan. Meningkatkan dos atau mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor boleh meningkatkan beban toksin pada buah pinggang anda. Itulah sebabnya anda perlu sentiasa mengikuti cadangan dos dan mengelakkan pengambilan ubat sendiri. 

10. Berfikir sebelum mengambil suplemen dan ubatan herba

Jika anda mengambil makanan tambahan atau ubatan herba, anda perlu menimbang semula keperluan dos anda. Pengambilan suplemen dan ekstrak tumbuhan tertentu yang berlebihan juga dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang risiko penyakit buah pinggang sebelum mengambil.




Produk Cadangan seperti di bawah




more info, please Contact us:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah  013 996 2974

"KITA TIDAK MENOLAK PERUBATAN MODEN, DAN KITA JUGA AKUR DENGAN RAWATAN ALTERNATIF"


1 comment: