Friday 8 March 2019

KANSER PARU-PARU @ LUNG CANCER


Apa Itu Kanser Paru-paru?


hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511

Mat Norfiah  013 996 2974


Kanser paru-paru merupakan penyakit yang terjadi pada tisu paru-paru. PENGENALAN ASAS SEL KANSER

Tahukah anda bahawa:
Penyebab utama kepada kematian kanser adalah KANSER PARU-PARU (kanser paru-paru telah menyumbang kepada 32% kematian pada lelaki & 25% kepada wanita) dan 90% pesakit kanser paru-paru adalah perokok yang tegar atau bekas perokok. Merokok satu paket sehari meningkatkan risiko kanser paru 10 kali ganda. Dari 180 ribu orang yang menghidapi kanser paru-paru setiap tahun, 86% akan MENINGGAL dalam waktu 5 TAHUN. 



Untuk memahami kanser paru-paru ini, penting bagi kita untuk memahami bagaimana struktur paru-paru manusia (normal) dan cara ia berfungsi.

Anatomi Paru Manusia
Paru-paru adalah organ yang berbentuk span yang terdapat di dada. Paru-paru kanan memiliki 3 lobus manakala paru-paru kiri memiliki 2 lobus. Paru-paru kiri lebih kecil kerana jantung memerlukan ruang yang lebih pada sisi tubuh ini. Paru-paru membawa udara masuk dan keluar. Ia mengambil oksigen dan menyingkirkan gas karbon dioksida. Lapisan di sekitar paru-paru disebut pleura. Ia membantu melindungi paru-paru dan membolehkan paru-paru untuk bergerak ketika bernafas. Tekak (trakea) akan membawa udara ke dalam paru-paru. Trakea yang terbahagi disebut bronkus, yang kemudian terbahagi lagi menjadi cabang lebih kecil yang disebut bronkiol (bronchioles). Pada cabang-cabang kecil inilah terdapat kantung udara kecil yang disebut alveoliDi bawah paru-paru pula, terdapat otot yang disebut diafragma yang memisahkan dada dari perut (abdomen). Bila anda bernafas, diafragma bergerak naik dan turun yang mana akan memaksa udara masuk dan keluar dari paru-paru.


Jenis Kanser Paru-Paru
Ada dua jenis utama kanser paru-paru, yang kedua-duanya berbeza dan memerlukan rawatan yang berbeza iaitu;

1.      Non Small Cell Lung Cancer (NSCLC)

            a.   Karsinoma squamosa: Jenis ini adalah jenis kanser paru-paru yang umum. Kanser ini berkembang di dalam sel yang berada di saluran udara. Jenis kanser ini seringkali disebabkan oleh rokok.

Adenokarsinoma: Jenis ini berkembang dari sel-sel yang menghasilkan lendir (kahak) pada permukaan saluran udara (airways). Jenis kanser ini lebih umum.

      b.  Karsinoma sel besar: Bentuk sel kanser ini dibawah mikroskop sesuai namanya: sel bulat besar. Sering juga disebut undifferentiated carcinoma.



2.     Small Cell Lung Cancer (SCLC)
Lebih dari 80% masalah kanser paru-paru merupakan jenis NSCLC. Mesotheolima adalah sejenis kanser yang menyerang mesothelium, iaitu membran tipis yang melapisi dada (pleura) dan abdomen (peritoneum). Kadang-kadang ia terjadi kepada orang yang terdedah dengan asbestos.

Penyebab kepada Kanser Paru-paru


Sebagaimana diketahui ASAP ROKOK adalah penyebab utama kanser paru-paru (tipe karsinoma) kerana mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, dimana 50 darinya bersifat karsinogen dan beracun. Statistik membuktikan bahawa sekitar 90% pesakit kanser paru-paru adalah perokok yang tegar atau bekas perokok.

Faktor Risiko Kanser Paru-paru
  1. Lalaki
  2. Usia lebih dari 40 tahun
  3. Perokok
  4. Hidup dalam kalangan perokok(perokok pasif)


Simptom Kanser Paru-paru
Seseorang itu termasuk dalam pesakit yang berisiko risiko tinggi (GRT) jika mempunyai keluhan nafas seperti batuk, sesak nafas, sakit dada. Maka, segeralah membuat pemeriksaan diri kepada doktor pakar paru-paru. Tanda dan gejala kanser paru-paru mengambil masa bertahun-tahun untuk dapat dikesan dan kebiasaanya sakit yang dihadapi ialah:
  1. Sesak nafas
  2. Batuk yang tidak sembuh (lebih dari 2 minggu)
  3. Batuk berdarah
  4. Perubahan warna pada kahak dan jumlah kahak yang banyak
  5. Perubahan suara (menjadi serak) atau suara kasar ketika bernafas
  6. Lelah yang kronik dan penurunan berat badan secara mendadak
  7. kebengkakan pada leher dan wajah
  8. Sakit ketika menarik nafas dalam.


Bagaimana Kanser Paru-paru Dikesan
Kanser paru-paru kebanyakannya tidak menunjukkan gejala atau simptom sehingga mencapai tahap yang serius. Disebabkan itu, kebiasaannya kanser paru dikesan secara tidak sengaja ketika pesakit menjalankan ujian lain. Satu kaedah X-ray yang baru disebut CT scan spiral akan menunjukkan adanya kanser paru-paru peringkat awal pada perokok dan bekas perokok. Orang yang merokok harus ingat bahawa cara yang terbaik untuk menghindari kematian akibat kanser paru-paru adalah BERHENTI MEROKOKBila doktor mengesan anda terkena kanser paru-paru, kebiasaannya doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mengambil contoh sputum (kahak) anda untuk diteliti dibawah mikroskop; beberapa jenis kanser paru-paru dapat dikesan melalui kahak. Bilamana tidak ditemui sel-sel kanser pada analisa kahak, doktor mungkin menyarankan pesakit untuk melakukan ujian tambahan seperti:
  1. X-ray atau CT scan thorax (dada).
  2. Bronkoskopi, iaitu teropong paru-paru.
  3. Biopsi jarum, iaitu pengambilan contoh tisu tumor paru-paru untuk diteliti jenis tumor oleh ahli patologi
  4. Bone scan, iaitu pemeriksaan tulang bila doktor merasakan adanya penyebaran kanser ke bahagian tulang
  5. Mediastinoskopi, iaitu pengambilan sampel tisu kelenjar untuk mengesan penyebaran kanser


PERINGKAT KANSER


Tahap 0 merupakan tahap sel-sel kanser pada lapisan paling dalam paru-paru dan tidak bersifat merebak.

Tahap I merupakan tahap kanser yang ditemui pada paru-paru dan belum merebak ke kelenjar dan sekitarnya.

Tahap II merupakan tahap kanser yang ditemui pada paru-paru dan sekitar kelenjar .

Tahap III merupakan tahap kanser yang telah merebak ke kawasan sekitarnya, seperti dada, diafragma, saluran darah besar atau kelenjar di sisi yang sama atau pun sisi berlawanan dari tumor tersebut.

Tahap IV merupakan tahap kanser yang ditemui lebih dari satu lobus pada paru-paru yang sama, atau di paru-paru yang berlainan. Sel-sel kanser juga telah merebak juga ke organ lain, contohnya ke otak, kelenjar adrenalin, hati, dan tulang.

Rawatan Kanser Paru-paru

 SUNTIKAN IMMUNE STEM CELL
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
SUNTIKAN VITAMIN B17
hubungi kami dengan segera utk bantuan:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah  013 996 2974 

Rawatan kanser paru-paru biasanya akan mengambil kira aspek seperti umur pesakit, tahap kanser, serta keadaan kesihatan umum pesakit. Berikut akan dijelaskan beberapa rawatan yang umum yang dilakukan oleh pesakit kanser paru-paru.

NAK TAHU CARA RAWATAN KANSER YANG BERKESAN

KLIK LINK BERIKUT;



hubungi kami dengan segera utk bantuan:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah  013 996 2974 



2 comments:

  1. info yg sgt berguna.. tahniah admin.. truskan usaha anda.. kipidapppppppppp don gibab.....

    ReplyDelete