Saturday 2 March 2019

BAGAIMANA KANSER PAYUDARA TERJADI DAN MENYERANG ????




hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511
Mat Norfiah  013 996 2974

Tanda-tanda awal perubahan payudara yang memerlukan perhatian:

a) Benjolan di payudara atau di bawah ketiak.
b) Perubahan tidak normal dalam bentuk dan saiz payudara
c) Kewujudan lekukan dan/atau kedutan pada kulit payudara
d) Puting susu yang masuk ke dalam
e) Lendir atau darah yang keluar dari puting susu





Sebenarnya terdapat 3 jenis kanser yang kita patut tahu iaitu:

KARSINOMA Lazimnya berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payu dara dan saluran pernafasan.

SARKOMA. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.

LEUKEMIA. Ini merupakan jenis kanser pada tisu yang membentuk sel-sel darah.

Kanser wujud dengan 4 peringkat:

Peringkat Pertama (Awal): Kanser yang dikesan besarnya tidak lebih dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.

Peringkat kedua: Saiz kanser ini ialah antara 2cm – 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke bahagian lain.

Peringkat ketiga: Saiznya lebih besar dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh dirasa dengan tangan benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang lain.

Peringkat keempat (Lanjut/AKHIR): Saiznya boleh jadi kecil atau besar, telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher serta merebak di bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang, otak, hati dan sebagainya.


hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511

Mat Norfiah  013 996 2974

Rawatan-rawatan yang diambil Sekarang di HOSPITAL:

Pembedahan:       
a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
b) Buang keseluruhan bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.

Kimoterapi: Penggunaan dadah yang disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang mungkin masih berkeliaran. Ianya dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika rawatan ini, semua sel badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan dibunuh. Sebab itu sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan yang paling lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.

Radioterapi Penggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkannya dari tumbuh semula di tempat tersebut. Rawatan Tambahan  Pengambilan pil untuk mengelakkan kewujudan semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve. Maksudnya, kanser yang telah dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas terhadap hormon estrogen yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain, kanser ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain untuk menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.

Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti berikut:



Umur   Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 – 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas. Kitaran Haid Salah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun). Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser payu dara terjadi. Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.

Kelahiran Pertama Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.

Sejarah Keluarga Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini. Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.

hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511


Mat Norfiah  013 996 2974

Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:

a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga yang sama.


d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama. 

nantikan perkongsian seterusnya dari sy. tq

rujuk link di bawah ini untuk penerangan vitamin B17
hubungi segera:
DR. Majezan Yaacob MD 012 907 8511

Mat Norfiah  013 996 2974

0 comments:

Post a Comment